Umno bantah pemberian Hak Milik Tanah

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, January 2, 2009

Langkah kerajaan negeri Perak memberikan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dua hari lepas, dilihat oleh pembangkang (baca Umno/BN) sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara.

Beliau berkata tindakan itu bercanggah dengan ketetapan dalam Klausa 76 (aa) Kanun Tanah Negara yang menetapkan hak milik tanah kekal hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

Jadi saya harap Jabatan Peguam Negara meletakkan status tidak sah sekiranya ia (hak milik kekal) itu telah dikeluarkan ataupun (letak status) tiada hak milik," katanya kepada Bernama di di sini

Sementara itu, Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, langkah berkenaan diambil selepas pihaknya mendapat pandangan sekurang-kurangnya sepuluh orang peguam berpengalaman.

‘‘Mereka yang dirujuk termasuklah seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan,” katanya tanpa mendedahkan nama hakim tersebut.

Tindakan kerajaan Perak itu disamping untuk memenuhi janji dan meraih sokongan rakyat ia juga cuba bertindak mengikut fitrah dan janji Allah.Penganugerahan tersebut adalah satu kewajiban kerajaan ke atas rakyatnya.

Mana-mana kerajaan yang bermaruah, bertanggungjawab akan berusaha menjaga dan memberi perlindungan kepada rakyatnya tanpa mengira bahasa dan dilek percakapan. Apabila janji itu dibuat ia harus dilakukan tanpa mengira apakah ianya memberi implikasi lain atau tidak.

Tanah merupakan keperluan asas kehidupan manusia.Kerajaan mana pun perlu menyediakan tanah dan tempat tinggal.Ianya milik semua dan bukan sahaja milik umno dan kroninya sahaja.

Kenapa anugerah seperti itu tidak diusahakan oleh kerajaan pimpinan Tajol sebelum ini?Bagaimana pula tanah yang boleh terlepas kepada MCA seperti di Kampar itu?

Ramai orang Melayu sendiri bertanya : Masih adakah lagi tanah untuk orang Melayu setelah Umno memfaraidkan tanah dinegeri Perak kepada kroni-kroninya selama 50 tahun memerintah Perak?

Kenapa kerajaan sebelum ini tidak mengambil berat soal perlindungan dan kebajikan rakyat? Jelas langkah yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak ini semata-mata berlandaskan kepada 'Negeri Berkebajikan' sebagaimana manifesto pilihanraya yang lalu.

Langkah yang diambil oleh MB Nizar menepati kehendak dan aspirasi rakyat semua kaum. Bahawa Rakyat Perak telah membuat pilihan yang tepat dan betul.Syabas Perak negeri ku!

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!