DUN Perak akan dibubarkan bila-bila masa sahaja daripada sekarang bagi memberi mandat semula kepada rakyat memilih kerajaan. Keadaan politik di Perak tidak menentu. Ura-ura ADUN Pakatan Rakyat melompat kepada BN bertiup kencang. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, BN akan melakukan apa sahaja cara bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan. Bagi menyelamatkan suasana tidak menentu ini, kerajaan memutuskan akan membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri dan serahkan kepada rakyat menentukan siapa yang memerintah. Inilah keputusan yang adil. Kita yakin rakyat sudah bijaksana. Dua pilihanraya kecil membuktikan rakyat menolak BN. YAB MB Perak akan menghadap Tuanku mohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Catatan Dhuha april 2019
5 years ago