TUANKU TANGGUH PERKENAN BUBAR DUN PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, February 4, 2009

YAB MB Perak memaklumkan Tuanku Sultan Perak meminta menangguhkan dulu perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Tuanku tidak pula memaklumkan bila Baginda ingin memaklumkan perkenan tertsebut kepada YAB MB. Beliau menyatakan dalam satu mesyuarat tergempar bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Perak di pejabat PAS Perak. Beliau telah menghadap Tuanku jam 5.00 petang tadi dan sudah berada di Istana Kinta sejak jam 3.45 petang. Beliau memohon menghadap Tuanku sejak malam tadi tetapi tidak dapat maklum balas oleh pihak Istana. Sehinggalah pukul 11.00 pagi , pejabat Menteri Besar dimaklumkan oleh Istana yang Tuanku menerima menghadap jam 5.oo petang. Berbagai usaha dilakukan bagi membolehkan dipercepatkan menghadap tetapi gagal.

Sepanjang hari di pejabat Menteri Besar, orang ramai serta para wartawan sentiasa berkunjungan. Dalam masa yang sama, MB Perak telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat menandatangani persetujuan permohonan MB memohon perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN Perak. Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir kecuali ADUN Bota dan ADUN Jelapang yang saya difahamkan mereka dicolek oleh agen-agen BN. Telahan kami tepat apabila mereka turut muncul bersama semua ADUN BN termasuk ADUN Behrang dan Changkat Jering di Putrajaya dalam sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkan kemasukan mereka dalam BN.

Kini selain berdoa dan solat hajat, harapan kita supaya Tuanku memperkenankan pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat memilih semula kerajaan negeri Perak.

Malam esok (malam Jumaat) seluruh rakyat Perak akan berkumpul di Arena Square, Kuala Kangsar untuk bermunajat dan solat hajat memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat diselamatkan.

Malam ini, suasana di Pejabat Perhubungan sentiasa dikunjungi orang ramai., begitu jua di Kediaman Menteri Besar, orang ramai termasuk para wartawan juga berkumpul. Mereka ingin tahu perkembangan seterusnya dari masa ke semasa. Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak pula sedang bermesyuarat di Kediaman MB bagi mengambil tindakan seterusnya.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!