BERTEMU RAKAN DAN LAWAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, March 30, 2009

Dalam masing-masing menunggu proses penamaan calon selesai melalui pengumuman oleh SPR, sempat juga kami bertemu muka sambil bergurau dan berseluruh. Datuk Zahid bila bertemu memang seumpama rakan karib yang lama tidak bertemu, tetapi bila berjauhan apa yang dia tidak kata pada PAS dan PKR, semuanya dia kata. Bahkan penuh dengan fitnah dan tohmahan. Kita masih ingat, sebaik beliau pulang dari mengerjakan haji, dalam satu majlis bersama orang ramai di Bagan Datoh, beliau berkata kononnya kerajaan PR negeri perak akan menutup Tadika Kemas di seluruh Perak.

Esoknya beberapa buah tadika di Perak didatangi anggota polis, penghulu dan JKKK dan JKKP bimbang berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ternyata dakwaan Zahid hanya satu tohmahan dan fitnah yang tidak berasas sama sekali. Tidak ada satu Tadika Kemas pun yang ditutup oleh kerajaan PR. Sebelum ini, beliau juga pernah berbohong dalam satu majlis jamuan hariraya di Ipoh kononnya beliau telah meluluskan pemergian haji Hj Nizar dan rombongannya ke Mekah yang semuanya ahli PAS. kenyataannya juga bohong, Hj Nizar tidak pernah memohon untuk mengerjakan haji melalui Zahid, beliau hanya menyokong permohonan pegawai-pegawai khasnya termasuk ahli keluarga dan lain-lain seramai 22 orang melalui peruntukannya sebagai MB sebagaimana amalan MB di negeri-negeri lain.

Itu Zahid Hamidi yang sekarang menjadi orang ketiga penting dalam hairaki kepimpinan UMNO yang baru. Kita juga mahu lihat, apa yang Zahid boleh buat dalam membangunkan Bagan Datoh di kawasan parlimennya yang dari dahulu sehingga sekarang Pekan Bagan Datoh, Rungkup, Pekan Sg. Tiang Baroh, Pekan Selekoh, Pekan Simpang Tiga, Pekan Batu 20, Pekan Pt. 23, jalan-jalan di kampung-kampung masih macam pekan koboi yang hanya sesuai untuk dibuat lokasi penggambaran filem tahun 50 an. Beliau menjadi ahli parlimen sudah empat penggal. Dulu beliau ada alasan, sebagai ahli parlimen, mungkin sukar untuk membawa perubahan, sekarang beliau telah menjadi Menteri Penuh, kita hendak tunggu pembangunan yang beliau boleh buat untuk rakyat Bagan Datoh khususnya di sebelah Rungkup.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!