Calon BN akan berdepan dengan Hj Nizar Jamaluddin yang telah diumumkan sejam yang lalu oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Calon PAS dalam pilihanraya kecil P.059 Bukit Gantang. Majlis Perisytiharan telah diadakan dihadapan puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Padang Majlis Perbandaran Taiping, Taman Kota Jaya.
Dengan terpilihnya Hj Nizar sebagai calon PAS Bukit Gantang, rakyat Bukit Gantang khususnya dan rakyat Perak umumnya menaruh harapan yang tinggi kepada Hj Nizar bukan sahaja meneruskan tugas Allahyarham YB Roslan malahan menjadi suara rakyat Perak di Parlimen. Hj Nizar yang telahpun dikenali ramai sebagai MB Perak, terbukti telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang begitu baik serta cemerlang sepanjang 10 bulan menerajui kepimpinan Pakatan Rakyat di Perak.
PAS Pusat mempunyai alasan yang tersendiri dan bijaksana mengapa Hj Nizar yang dipilih sebagai calon PAS di Bukit Gantang. Perkembangan politik negeri Perak yang krisisnya masih belum ada kesudahannya menjadi faktor Hj Nizar dipilih sebagai calon. Populariti Hj Nizar melonjak naik apabila krisis ini berlaku, sokongan seluruh lapisan rakyat terbukti menerusi siri jelajah ke seluruh negeri termasuk Bk. Gantang. PAS tidak tersilap memilih calon, BN pula terkejut dengan perisytiharan ini.
Kita serahkan kepada pengundi Bk. Gantang menggunakan kebijaksanaan mengundi pada 7hb dan semuga calon kita akan menjadi pilihan mereka bagi memastikan keadilan dapat diperjuangkan oleh Hj Nizar sebagai Ahli Parlimen baru Bk. Gantang.