Rakyat dibutakan maklumat oleh BN melalui sekatan dua akhbar milik PAS dan PKR. Kebimbangan mereka semakin ketara dan terdesak apabila dua akhbar ini yang menjadi sumber maklumat bagi mendapat berita sebenar mengenai isu-isu politik negara digantung selama tiga bulan oleh Menteri Dalam Negeri. Alasan yang diberi tidak pula munasabah.
Kalau laporan yang dibuat oleh dua akhbar ini ada unsur fitnah dan hasutan, akhbar tersebut boleh disaman oleh mereka yang difitnah. Akta di Malaysia cukup banyak, boleh pilih mana satu akta untuk mendakwa dan menyaman Harakah dan Suara Keadilan, bukan dengan cara mengantung.
Cara yang profesional untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh dua akhbar tersebut adalah melalui akhbar juga. Mereka ada Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, STAR, SUN, New Strait Times dan sebagainya. Gunakan semua akhbar tersebut untuk lawan Harakah dan Suara Keadilan, atau yang terlebih profesional dan rasional UMNO BN terbit akhbar milik parti sendiri, gunakan untuk berdepan dengan Harakah dan Suara Keadilan. Itu baru anak jantan.
RTM dan seluruh rancangan TV serta media cetak arus perdana diguna oleh BN untuk lanyak Pakatan Rakyat, tetapi PR disekat untuk menjawabnya. Kamu kata gagah perkasa, kamu cabar mereka bertumbuk, tapi kamu ikat kaki dan tangan mereka, dan kamu tumbuk mereka beramai-ramai. Anak jantan apa namanya ni ? Kamu tumbuk mereka sehingga rebah, kamu pula yang menangis dan beritahu orang ramai dan polis kamulah yang kena belasah. Inilah perangai BN dan UMNO, dulu, kini dan selamanya.
Tindakan ini dilihat mahu menyekat rakyat mendapat maklumat terutama dalam suasana bahang kempen pilihanraya kecil di Bk. Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Juga menutup pergolakan dalaman UMNO yang sedang berhadapan dengan pemilihan. Ternyata BN begitu gelisah dengan suasana ini. Dua akhbar tersebut semakin mendapat tempat dan pengaruh dalam masyarakat. BN semakin nazak dan sangat hampir menghampiri maut, media cetak dan elektronik yang mereka kuasai sudah tidak mampu menolong mereka, minda rakyat tidak lagi boleh dipisungkan, rakyat sudah boleh menilai berita yang benar dan palsu. Sebab itu, UMNO BN sudah tidak ada cara lain, mereka guna kuasa mereka untuk sekat kemaraan Pakatan Rakyat dari mendekati rakyat dengan cara butakan rakyat dari mendapat maklumat.