HJ NIZAR MULA TURUN BERTEMU RAKYAT DI BUKIT GANTANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, March 25, 2009

Selepas sahaja diumumkan oleh Presiden PAS sebagai calon Bk. Gantang, esoknya Hj Nizar telah mula turun bertemu rakyat Bk. Gantang. Mulai petang semalam Hj Nizar mulakan program memperkenalkan diri kepada rakyat Bk. Gantang melalui beberapa program yang telah di atur oleh Penyelaras Pasukan Kempen yang juga Setiausaha Politik beliau sebagai MB Perak. 10 bulan pengalaman mengatur siri-siri MB bertemu rakyat seluruh Perak memudahkan untuk mengatur program calon bertemu pengundi di seluruh pelusuk Bk. Gantang. Sebenarnya Hj Nizar telahpun mula bertemu rakyat di Bk. Gantang sebelum ini lagi tetapi bukan sebagai calon tetapi sebagai MB yang dirampas haknya oleh UMNO BN. Sudah tentu ia berbeza dengan penampilan sekarang sebagai calon PAS Bk. Gantang. Dulu, beliau turun ke Bk. Gantang bagi menjelaskan isu dan krisis politik Perak, sekarang beliau turun sebagai calon PAS yang akan mewakili suara rakyat Bk. Gantang khususnya dan juga suara rakyat Perak umumnya di Parlimen.

Sehari dua lagi, Hj Nizar akan terus berkampung di Bk. Gantang sehingga hari mengundi. Program calon bertemu rakyat akan bermula seawal pagi subuh, dengan dimulakan solat Subuh berjamaah di masjid-masjid atau surau, diikuti kuliah subuh, sarapan pagi bersama rakyat di kedai-kedai kopi, mengunjungi pasar sehari, menziarahi orang sakit, menghadiri majlis-majlis jamuan, menghadiri program-program yang telah dijadualkan oleh pasukan kempen calon, dan sebagainya. Program seharian itu hanya akan berakhir tengah malam. Pendek kata, sepanjang tempoh pilihanraya, Hj Nizar sebagai calon PAS Bk. Gantang sedaya upaya akan menjelajah seluruh kampung, pekan, masjid, surau, tempat-tempat orang ramai berkumpul dan sebagainya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!