PRESIDEN PAS AKAN UMUM CALON PAS BK. GANTANG 23 MAC INI.

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, March 20, 2009

Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diisytiharkan dalam satu majlis Ceramah Besar-besaran yang akan diadakan pada 23hb Mac 2009 ini. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan membuat perisytiharan tersebut. PAS Perak akan memohon menggunakan tempat yang sama digunakan oleh Datuk Najib sewaktu mengumumkan calon BN. tempat tersebut adalah premis awam, kalau calon BN boleh diumumkan di situ, tidak ada sebab calon PAS tidak boleh diumumkan di tempat yang sama.

Semalam, ceramah Datuk Seri Anwar bersama Dato' Seri Nizar diharamkan menggunakan kawasan yang telah disewa oleh PAS di Simpang bagi tujuan majlis-majlis ceramah sempena kempen pilihanraya Bk. Gantang. Permohonan permit telah tidak diluluskan oleh IPD Taiping. Ceramah terpaksa dipindahkan ke Markaz PAS, Bukit Cempedak. Walau bagaimanapun perpindahan tempat tidak menjejaskan kehadiran orang ramai. Sementara itu, ratusan FRU dan pihak polis telah mengepong dan membuat sekatan jalanraya bagi menghalang ceramah tersebut diadakan di Simpang.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!