PULUHAN RIBU IRINGI DAN BERI SOKONGAN MORAL KEPADA CALON PAS BK GANTANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, March 29, 2009

Sekitar pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping dikuasai oleh puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka mula membanjiri bandar Taiping sejak malam tadi lagi. Sokongan kepada calon PAS Bk. Gantang berganda-ganda peningkatannya sejak krisis yang melanda politik Perak. Perubahan kepimpinan dalam UMNO jelas tidak menunjukkan perubahan terhadap sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Perjalanan ke pusat penamaan calon dimulakan dengan Solat Hajat di Bilik Operasi Induk, Air Kuning yang diimami oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, dan juga Solat Hajat di Masjid Daerah Taiping yang dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri. Perarakan calon bermula jam 8.30 pagi dari Dataran Parking Kereta berhampiran pejabat Risda menuju ke tempat berlangsungnya Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Taiping. Suasana perarakan hampir tidak terkawal disebabkan puluhan ribu penyokong-penyokong yang menyertainya.

Antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut mengiringi calon ialah YB Ust. Nasaruddin Mat Isa, YB. Kamaruddin Jaafar, Ust. Ahmad Awang, YB Lim Kit Siang, YB Karpal Singh, YB Lim Guan Eng, Sdr. Mustapha Kamil Ayob, dan beberapa lagi AJK PAS, PKR dan DAP pusat dan negeri. Ahli-ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat dari seluruh juga ramai yang turut mengiringi calon.

Kertas Penamaan calon Hj Nizar diserahkan tepat jam 9.09 minit, manakala calon BN jam 9.20 pagi, diikuti calon Bebas. Tidak ada sebarang bantahan dibuat oleh semua calon setelah kertas-kertas penamaan dipamerkan. Dengan itu tiga calon akan berentap di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang sebagaimana yang diisytiharkan oleh Pengurus Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang. Calon PAS diwakili oleh Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Calon BN diwakili oleh Ismail Shafian, manakala calon BEBAS diwakili oleh Kamarul Ramizu.

Sementara pengumuman pengisytiharan dibuat, penyokong-penyokong PR yang dianggarkan hampir 30 ribu orang menunggu sambil mendengar ucapan-ucapan motivasi ringkas daripada beberapa pucuk pimpinan, bersolawat, bernasyid, menyanyikan lagu-lagu reformasi dan juga melaungkan jeritan Allahu Akbar, reformasi dan makkal sakhti dengan penuh semangat tetapi tertib dan sopan. Gegak gempitan suara dari penyokong-penyokong PR telah menenggelamkan suara penyokong-penyokong BN yang dianggarkan tidak lebih 5 ribu orang.

Proses penamaan calon selesai kira-kira jam 12.00 tengahari. Selepas itu, Hj Nizar mengadakan sidang akhbar bersama pimpinan PR pusat.




About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!