Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri Perak yang akan dilangsungkan 3hb Mac esok tetap akan dijalankan. Demikian menurut Sivakumar, Speaker DUN Perak. Menurutnya lagi, beberapa peguam terkenal yang pakar dalam Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak mengesahkan bahawa Speaker mempunyai kuasa penuh dalam memanggil sidang khas tergempar tanpa boleh disangkal oleh mahkamah apatah lagi pihak polis.
Mulai petang tadi, semua pintu pagar bangunan Perak Darul Ridzuan telah dikawal dengan ketat oleh pasukan polis. Berpuluh-puluh anggota FRU juga turut ditempatkan di sekitar bangunan Perak Darul Ridzuan. Beberapa laluan utama menuju ke Bangunan Perak Darul Ridzuan diadakan sekatan jalanraya. Gambarannya sekarang seolah-olah akan berlaku rusuhan besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan hanya kerana Sidang Khas tergempar yang akan diadakan pagi esok.
Timbul beberapa persoalannya di sini, adakah demokrasi sudah mati di Perak ? Apabila hak Speaker untuk memanggil sidang DUN dinafikan, hak ADUN untuk menghadiri sidang DUN juga dinafikan. Di mana demokrasi sekarang ? Krisis dan kemelut ini pasti akan berpanjangan selagi DUN tidak dibubarkan.
Apa yang menghairankan, pihak polis juga turut campurtangan dalam krisis ini dengan memihak kerajaan haram BN. Ketua Polis Negeri terus mengambil tindakan serta merta dengan hanya merujuk kenyataan Setiausaha DUN Perak yang menyatakan bahawa Sidang Tergempar DUN Perak tidak sah tanpa perkenan Tuanku. Speaker pula berpandangan sebaliknya. Dalam hal ini, Speaker adalah lebih tinggi daripada Setiausaha DUN, tidak wajar Setiausaha DUN mengatasi keputusan yang telah dibuat oleh Speaker, masing-masing boleh memberi tafsiran yang berbeza terhadap Perintah Tetap, tetapi tafsiran dan keputusan Speaker adalah yang paling tepat dan muktamad. Adalah tidak patut Ketua Polis Negeri mengambil tindakan cuba menghalang Sidang Tergempar DUN berdasarkan kenyataan Setiausaha DUN.
Langkah yang diambil pula terlalu keterlaluan, apa perlunya anggota keselamatan yang begitu ramai ditempatkan di situ, dengan berjalannya persidangan yang dianggap tidak sah itu, adakah akan berlaku huru hara yang dahsyat di Perak, pertumpahan darah, kekacauan, rusuhan kaum dan sebagainya. Yang sebenarnya Kerajaan Haram BN dan ADUN-ADUN BN itu yang huru hara akibat terlepas pandang kuasa Speaker dalam Dewan Undangan Negeri. Mereka lupa untuk turut mencolek Speaker, yang dicolek hanyalah ADUN-ADUN yang tidak ada maruah, dituduh rasuah dan skandal seks oleh mereka sendiri.