DATO' SERI IR HJ NIZAR MOHON MENGADAP TUANKU

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, April 17, 2009

Hari ini Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi memohon mengadap sembah DYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Permohonan mengadap sembah bertarikh 11 Mac 2009 tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak istana. Sehubungan itu, Dato' Seri sekali lagi memohon mengadap bagi menyembah maklum keputusan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat dalam Sidang DUN Tergempar yang lalu. Surat permohonan telahpun difaxkan oleh Setiausaha Politik melalui Kol. Dato' Abd. Rahim bin mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada DYMM Tuanku Sultan Perak jam 3.40 petang tadi.

Semalam, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Speaker yang menggantung Dato' Zambry dan enam orang EXCO dari memasuki sidang dewan. Ekoran daripada itu, krisis Perak tetap tidak ada kesudahannya, beberapa pihak melihat kuasa Speaker telah dinafikan oleh mahkamah, Speaker yang mempunyai kuasa dalam memberi tafsiran terhadap Perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri Perak telah hilang kekuasaannya. Speaker tidak ada imuniti terhadap keputusan yang dibuatnya.

Penyelesaian yang paling adil dalam mengatasi kemelut politik di Perak ialah mengadap Tuanku bagi mohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan, biar rakyat yang menjadi hakim terhadap kemelut ini. Semua pihak baik PR mahupun BN serahkan semula mandat ini kepada rakyat untuk memilih semula Kerajaan di Perak. Apa pun keputusan rakyat, semua pihak hendaklah akur dengan kehendak rakyat.

Ini yang kita mahu, jangan jadikan Perak negeri yang mencetus sejarah dengan membelakangi kepentingan rakyat dan undang-undang. Rakyat hakim yang paling adil dalam menyelesaikan isu ini.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!