MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN PAS BUKIT GANTANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, April 18, 2009

Badan Perhubungan PAS Perak dan PAS Kawasan Bukit Gantang menjemput semua pimpinan Pakatan Rakyat seluruh Malaysia, Ahli dan Penyokong PR seluruh Malaysia, para wartawan, bloggers dan seluruh rakyat Malaysia ke Majlis Jamuan Kesyukuran meraikan kemenangan rakyat di Bukit Gantang pada 19hb April 2009 mulai jam 12.00 tgh - 4.00 petang di Dataran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Simpang Jln. Kuala Kangsar, Taiping.

Ceramah Perdana pula akan diadakan pada sebelah malamnya di Markaz PAS Kawasan Bk. Gantang di Bukit Cempedak yang akan dihadiri oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Guan Eng, YB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dan YB Azmin Ali. Ceramah bermula jam 9.00 malam.

Selamat Datang

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!