Keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan bahawa Speaker DUN Perak V.Sivakumar tidak ada bidang kuasa untuk mengantung Zambry dan 6 EXCOnya adalah sesuatu yang menggemparkan.
"Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah"
"Siapakah Mahkamah Persekutuan untuk menyatakan sesuatu itu melampaui bidang kuasa Speaker apabila undang-undang tertinggi di negara ini mengatakan kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah?" katanaya
Dalam artikelnya HN Chan mengingatkan kes 'Taff Vale (1900)", di mana Keputusan House of Lords telah menyebabkan kekalahan besar bagi kerajaan Konservatif dalam pilihanraya umum pada tahun 1906. Kes ini, yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Konsevatif. Kes ini memberi kesan politik yang mendalam.
Beliau fikir mesej kes 'Taff Vale' untuk para hakim kita di Mahkamah Persekutuan sudah cukup jelas. Para pengundi boleh membuat keputusan, sama sepertimana para pengundi di England lakukan terhadap kerajaan konservatif pada tahun 1906.
Bagaimanapun Najiblah yang akan menanggung akibatnya nanti dan bukan para hakim yang melakukan kesilapan kerana gagal bertindak adil berlandaskan undang-undang, tegasnya lagi.
Beliau juga mengingatkan amaran Lord Denning M R dalam kes Gouriet v Union of Post Office Workers yang mengatakan "Bagaimana tinggi sekalipun kedudukan kamu, undang-undang berada di atas kamu"
Menurutnya lagi, perintah Mahkamah Persekutuan seolah-olah bagi saya seperti 'brutum fulmen' dalam bahasa Latin bermakna tindakan yang bunyinya kuat tetapi tidak berkesan.
Sekiranya mereka telah tergelincir dan terkeluar dari landasan keadilan secara sedar maka mereka bersalah kerana menyalahguna kuasa, kata NH Chan.