TANPA UMNO LAGI BAIK BAGI RAKYAT MALAYSIA

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, April 24, 2009

UMNO semakin lemah dan menunggu saat untuk hancur, PAS pula semakin kuat dan diterima oleh rakyat. Ketika PAS lemah dan sukar diterima oleh rakyat suatu ketika dahulu terutamanya rakyat bukan Islam, UMNO menggunakan kesempatan di atas kelemahan PAS itu untuk menindas ahli dan penyokong PAS. Pimpinan PAS di kenakan ISA, ahli dan penyokong ditekan dan ditindas, peluang kenaikan pangkat disekat, ditukarkan ke hulu ke hilir dan sebagainya. PAS dihalang menggunakan permis kerajaan, UMNO pula bebas menggunakannya, ceramah-ceramah PAS diganggu, UMNO pula boleh berceramah di mana sahaja.

Kini bila UMNO lemah, dalaman UMNO semakin meruncing, kepimpinan barunya pula ditolak oleh rakyat, semua pilihanraya kecil di semenanjung UMNO BN tumbang, lebih-lebih lagi tumbang di Bk. Gantang dengan gaya yang cukup memalukan, semua strategi UMNO serba tak jadi, ketika saat UMNO menunggu sahaja kehancuran, barulah mereka ajak PAS bersatu dengan UMNO. PAS sudah lama ajak UMNO bermuzakarah atas isu perpaduan, Islam dan sebagainya, tetapi UMNO tidak pernah serius melayani hasrat PAS.

Hari ini setelah UMNO tidak berjaya memulihkan kepercayaan rakyat kepada mereka, barulah mereka mengajak PAS demi perpaduan. Pada hal UMNOlah pemecah belah perpaduan rakyat di negara ini. UMNOlah yang mengugut orang kampung yang menyokong PAS, UMNOlah yang menyekat pembangunan di kubu kuat PAS, UMNOlah...... UMNOlah........UMNOlah....................... Semuanya UMNO. Bak kata pepatah penceramah Pakatan "yang baik datangnya dari Allah swt, yang buruk semua datang dari UMNO BN" Oleh itu jauhilah UMNO BN.

Insya Allah tanpa UMNO di Malaysia, rakyat boleh hidup aman, selesa dan bahagia bersama Pakatan Rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!