KES SPEAKER PERAK : BADAN KEHAKIMAN VS BADAN PERUNDANGAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, April 24, 2009

Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang (juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.

Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.

Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.

Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok.

"Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas Sivarasa

Kata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah.

"Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!