JEMPUTAN CERAMAH HJ NIZAR

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, April 11, 2009

Mesej, panggilan telepon dan surat-surat jemputan ceramah Dato' Seri dari seluruh negara tidak terkira banyaknya. PAS di semua peringkat mahukan Dato' Seri Hj Nizar berceramah di kawasan masing-masing, begitu juga jemputan dari parti-parti rakan dan juga NGO. Sahabat-sahabat dari Timur Tengah dan UK juga sedang menanti kunjungan Dato' Seri. Di Mekah dan Madinah, sahabat-sahabat Malaysia juga sedang menanti Hj Nizar mengerjakan umrah, mereka akan mengatur program bersama Hj Nizar.

Untuk memenuhi semua jemputan rasanya mustahil dapat dipenuhi dalam tempoh terdekat, setahun sekalipun tidak akan habis dipenuhi semua jemputan. Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sepanjang bulan April dan awal Mei, Dato' Seri akan dijadualkan menghadiri jemputan-jemputan peringkat Bukit Gantang, kini jamuan kesyukuran diadakan di seluruh unit peti undi setiap malam, PAS kawasan-kawasan seluruh Perak juga mengadakan jamuan-jamuan kesyukuran.

Setelah selesai di peringkat Bukit Gantang dan negeri, Dato' Seri juga terpaksa melawat DUNnya sendiri di Pasir Panjang yang sudah lama tidak dilawati. Pertengahan Mei sehingga akhir Jun insya allah, saya akan jadualkan Dato' Seri turun setiap negeri bagi meraikan kemenangan PAS di Bukit Gantang di negeri masing-masing. Keutamaan akan diberi kepada PAS negeri untuk menganjurkan program bersama Dato' Seri. Untuk mendapat maklumat lanjut jadual Dato' Seri Hj Nizar turun ke negeri, ahli-ahli PAS boleh rujuk negeri masing-masing.




About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!