KEKECOHAN BERLAKU DI SMK PENGKALAN AUR

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, April 7, 2009

Penyokong Umno didakwa cuba membaling botol dan kerusi ke arah penyokong PAS tetapi tidak terkena sasaran, sebaliknya objek itu didakwa tepat menuju anggota polis yang mengawal keadaan.

Insiden itu terjadi di luar SMK Pengkalan Aur sekitar jam 11.30 pagi tadi susulan ejek-mengejek antara dua kumpulan penyokong parti tersebut, kata saksi-saksi yang berada di tempat kejadian.

Ditemui Malaysiakini petang ini, saksi-saksi berkata polis kemudian mengejar penyokong Umno itu tetapi gagal menahannya.

bukit gantang election day tear gas fired into crowd at pengkalan jering changkat jering 070409Selepas diberikan amaran oleh polis, satu das gas pemedih didakwa dilepaskan ke arah kumpulan penyokong Umno itu bagi menenangkan keadaan.

Keadaan kembali normal selepas 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, asap gas tersebut juga merebak ke arah penyokong PAS yang berkumpul tidak jauh dari penyokong Umno yang masing-masing ghairah memenangkan calon mereka di Bukit Gantang.

Seorang penyokong Umno mendakwa insiden buruk itu bermula daripada provokasi penyokong PAS yang masuk ke kawasan kumpulan BN untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

Klip video selama lebih tiga minit - yang menggambarkan para penyokong PAS sedang mengalami keperitan akibat gas tersebut - kini telah dimuatnaik di laman perkongsian terkenal Youtube.com.
Lihat klip video

Ia boleh disaksikan di blog Anil Netto, seorang wartawan sambilan dan aktivis Aliran Kesedaran Negara (Aliran).

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menyalahkan penyokong PAS yang memulakan kekecohan itu.

Sementara naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mempertikaikan klip video itu dengan mendakwa ia mungkin "boleh diambil gambar lama".

Mengulas kejadian tersebut kepada wartawan, beliau berkata: "Tidak ada laporan rusuhan dilaporkan menyebabkan gas pemedih mata itu dlepaskan. Blog, itu biasa.

Ditanya media tentang klip video insiden tersebut di Youtube.com, Ahmad Zahid berkata: "Itu boleh diambil (daripada) gambar lama."

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!