PROSES PENGUNDIAN TAMAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, April 7, 2009

Proses pengundian tamat jam 5.00 petang, pintu pagar sudah ditutup untuk membolehkan pengiraan undi dijalankan di pusat yang sama. Calon PAS Hj Nizar berjaya melawati semua pusat pengundian di seluruh Bukit Gantang.

Sekarang sedang berlangsung pengiraan undi di semua pusat pengundian. Setelah selesai dikira semua kertas undi akan dijumlahkan semuanya di Pusat Penjumlahan Undi Majlis Perbandaran Taiping. Dijangka pukul 9 malam SPR akan mengumumkan secara rasmi.

Menurut laporan tidak rasmi, lebih kurang 70 % telah keluar mengundi. Dijangka selewat-lewatnya bilik gerakan PAS akan mengetahui secara tidak rasmi lebih awal daripada yang dijangka menerusi caunting agen masing-masing yang akan melaporkan kepada bilik gerakan sebaik mengetahui keputusan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!