Ribuan rakyat dari seluruh lapisan masyarakat menghadiri Majlis Jamuan Kesyukuran kemenangan PAS di Bukit Gantang semalam. Majlis tersebut diadakan di Dataran Tuan Guru Nik Abd. Aziz Simpang. Enam ekor lembu dengan tambahan 300 ekor ayam langsai dijamu oleh orang ramai. Walau bagaimanapun orang ramai tetap puas hati dengan majlis yang sederhana dan tidak membazir tetapi meriah. YB Dato' Seri Hj Nizar yang kehadirannya ditunggu orang ramai sejak pukul 12.00 tengahari muncul kira-kira jam 2.45 petang. Beliau hadir bersama isteri dan beberapa ADUN PR yang lain setelah selesai menghadiri majlis jamuan di raja di Istana Bukit Chandan sempena Majlis Ulangtahun Keputeraan Tuanku Sultan Perak yang ke 81.
Orang ramai turut diserikan dan terhibur dengan persembahan Dikir Barat dari Kelantan, persembahan Tabla dari orang India, persembahan Tarian Singa dari orang Cina dan persembahan nasyid dari Juara Akademi Nasyid Malaysia.
Sebelah malamnya ceramah perdana turut diadakan di Markaz PAS Bukit Cempedak yang dihadiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Al Fadhil Ust. Ahmad Awang, YB Datuk Ngeh Ko Ham, YB Kesavan dan juga YB Hj Nizar sendiri.