10.00 pgi : Calon terus menuju ke SK Changkat Jering, Jalan ke Kuala Sepetang jem teruk. Trafik terpaksa menutup laluan ke Kuala Sepetang.
Dari SK. Changkat Jering, calon terus menuju ke SK. Jelutong, SK. Panglima Bk. Gantang, SK Kg. Cheh dan SK. Changkat Ibol. Di peti undi, BN Nampak tidak bermaya langsung. Sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai kepada Calon PAS menenggelamkan suara penyokong BN.
Dari Changkat Ibol, calon terus menuju ke Trong, ke SK Temelok. Penyokong PAS agak berkurangan dari sini. Walaupun sedikit, semangat mereka menguasai dan mengatasi penyokong BN. Penyokong BN di SK Temelok Nampak galak dan ganas.
12.30 tgh : Calon terus menuju ke Sungai Tinggi, singgah di Markaz Besar Dun Trong, makan tengahari dan rehat seketika.
12.50 ptg : Setelah melawat pusat mengundi di SK Sungai Tinggi, calon teruskan perjalanan ke pusat pengundian di Permatang Raja, Batu Hampar, Sungai Rotan, Ayer Terjun, Padang Gajah dan dua pusat pengundian di Trong. Penyokong-penyokong PR dan BN di semua tempat tetsebut, masing-masing menujukkan semangat merayu undi. Ternyata penyokong PAS lebih tertib dan beradab berbanding dengan penyokong BN. Saya nampak sendiri beberapa anak muda yang tidak boleh mengundi pun telah memijak-mijak gambar hj Nizar dengan menjerit derhaka! derhaka ! derhaka ! Kalau tidak kerana ada orang tua PAS yang mententeramkan keadaan sudah tentu provokasi seumpama itu akan mengundang pergaduhan. Syabas penyokong PAS yang begitu sabar melihat telatah budak-budak mentah UMNO.
02.15 ptg : Sebelum meneruskan perjalanan, rombongan calon singgah ke Masjid Terong untuk Solat Zohor berjamaah, ramai ahli PAS dan penyokong PAS yang solat di situ.
Calon terus ke peti undi Bendang Siam, sambutan juga hebat. Peratus keluar mengundi di peti undi ini tinggi.
Saya berpisah dengan calon untuk membuat laporan ke Markaz Induk Air Kuning, calon terus ke Kuala Sepetang yang sebelah pagi tadi jem teruk. Saya diberitahu jalan masih jem juga di Kuala Sepetang. Calon akan dibawa dengan motosikal untuk melawat 9 pusat mengundi.