RAYUAN TERAKHIR CALON P.59 KEPADA PENGUNDI

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, April 6, 2009

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan Parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud di sepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS. Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Polis dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!