KEMPEN PAS SEMAKIN BERJAYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, April 6, 2009

Semalam dan hari ini adalah antara kempen paling berjaya PAS dan calonnya. Kehadiran calon dan para penceramah PAS sentiasa mendapat perhatian ramai. Ceramah oleh tokoh-tokoh utama PR mendapat sambutan hebat dari penduduk tempatan. Ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kg. Tebuk, Terong mendapat sambutan luar biasa. Masyarakat Cina dan India turut hadir. Ceramah Tuan Guru Presiden juga mendapat sambutan yang baik dari lapisan masyarakat. Begitu juga ceramah-ceramah lain.

Serentak itu juga, ceramah kelompok diadakan diseluruh peti undi juga mendapat sambutan yang baik. Walaupun tidak ramai yang menghadiri di beberapa tempat lain, namun ceramah tetap diadakan juga, suara penceramah tetap masuk ke dalam rumah-rumah mereka yang berhampiran tempat ceramah. Para penceramah merayu, memujuk, mengajak para pengundi menggunakan kebijaksanaan memilih Hj Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru bagi menggantikan Almarhum Hj Roslan Shahrum.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!