BERITA DUN PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, May 7, 2009

SUK cuba halau Speaker
Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini.
Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi.

ADUN PR pula cuba tarik keluar Speaker Haram
2 Adun PR cuba menarik keluar Speaker haram dari kerusi, Adun BN pula membantu Speaker Haram. Berlakulah tarik menarik. Tak ada kesudahannya.

Sehingga sekarang belum ada lagi baling kerusi dan baling buku Perintah Tetap. Harap tidak sampai ke situ.

POLIS PULA CAMPUR TANGAN
Polis kini campur tangan, keadaan tidak terkawal. Beberapa anggota polis kelihatan mahu memasuki dewan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!