DUN PERAK SEMAKIN KECOH

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, May 7, 2009

Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan
Lebih kurang jam 2.41 petang, sekumpulan orang yang berjaket hitam dipercayai anggota polis memeluk dan mengangkat keluar Speaker dari kerusinya dan mengheret keluar dari dewan. Dalam masa yang sama ADUN PR pula cuba mengheret Spekaer Haram keluar dari dewan. Suasana semakin parah dan kecoh.

Speaker dilarikan polis
Tindakan nekad dan jahat terus digunakan oleh BN. Speaker bukan sahaja diangkat keluar dewan bahkan dilarikan entah ke mana. Ganesan pula terus ambil alih tugas Speaker dengan kawalan beberapa orang berjaket hitam yang tidak dikenali dengan berlagak samseng.

Speaker Haram halau Adun Teja dan Simpang Pulai.
Sebaik mengambil alih tugas haramnya, Speaker haram BN terus menghalau Adun Teja dan Simpang Pulai keluar dewan, tetapi tidak diendahkan. Bentara terus menjalankan tugas cuba mengheret mereka keluar.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!