Mogok lapar adalah satu pernyataan protes oleh rakyat terhadap sesuatu ketidak adilan, kezaliman dan penindasan ke atas mereka. Di Barat, mogok lapar sanggup dibuat sehingga kebuluran. Dan mogok lapar yang dianjurkan akan diberi perhatian serta publisiti oleh media, dan ia cukup berkesan kepada pihak kerajaan atau majikan yang menindas rakyat. Mogok lapar biasanya diadakan sebagai jalan penyelasaian terakhir setelah berbagai usaha sebelumnya dibuat termasuklah proses undang-undang..
Mogok lapar yang kadang-kadang turut dianjurkan di negara ini tidaklah sehingga kebuluran, mereka masih boleh minum. Dianjurkan pula dua tiga hari sahaja. Samada tuntutan dipenuhi atau tidak, mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.
Orang Islam boleh menganjurkan Puasa Sunat dan Solat Hajat sebagai ganti mogok lapar. Puasa Sunat dan Solat Hajat yang dianjurkan mestilah dengan niat untuk mohon pertolongan Allah supaya perjuangan kita diberi kemenangan. Ia juga sebagai satu pernyataan protes kita melalui pengaduan kita kepada Allah swt di samping usaha-usaha lain yang telah dibuat sebelum ini.
Jadi tidak ada salahnya mogok lapar dianjurkan, pelaku-pelakunya pula orang-orang bukan Islam sebagai tanda protes terhadap kezaliman yang berlaku. Orang Islam yang terdiri dari ahli PAS dan PKR pula berpuasa sunat dan Solat Hajat sebagai satu proses mohon pertolongan daripada Allah swt supaya perjuangan kita diberi kemenangan. Puasa Sunat dan Solat Hajat boleh dilaksanakan setiap masa, cuma sebagai satu pelancaran, bolehlah diisytiharkan supaya boleh dikerjakan secara serentak di seluruh Perak atau negara.
Allah swt yang menganjurkan kaedah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud "Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat". Antara hikmah puasa adalah sabar. Dengan berpuasa, kita boleh bersabar berhadapan dengan kemelut ini, bersabar melalui puasa merupakan satu jalan mendekatkan diri kepada Allah swt, doa akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt, begitu juga solat.