HAJI NIZAR TERUSKAN PERJUANGAN MENUNTUT KEADILAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, May 25, 2009

Hari ini peguam Hj Nizar dijangka akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Tarikh perbicaraan juga akan diketahui hari ini.

Kedudukan Zambry sebagai MB yang sah belum selamat lagi. Mahkamah Persekutuan akan bersidang bagi mendengar rayuan Hj Nizar. Sepatutnya perintah boleh dikeluarkan juga bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Hj Nizar, sebagaimana Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Hj Nizar adalah MB yang sah ditangguhkan. Saya tidak pasti samada boleh ataupun tidak perintah tersebut dipohon..

Apapun Hj Nizar tidak akan luntur semangat perjuangannya. Beliau tetap di hati rakyat. Kemelut politik di Perak akan berakhir juga nantinya melalui penghakiman rakyat. Tidak dalam masa yang terdekat, Insya Allah dalam jangka masa yang tertentu. Rakyat tidak akan lupa peristiwa rampasan kuasa ini. Hj Nizar boleh hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri, tetapi majoriti rakyat tetap bersamanya. Zambry dan BN tidak boleh berbangga dengan kuasa kerdilnya yang diperolehi melalui rompakan kuasa.

Kalau BN yakin akan sokongan rakyat terhadapnya, ayuh ! segeralah menghadap Tuanku, mohon perkenan DUN dibubarkan, kita minta semula mandat rakyat, barulah kerajaan yang dibentuk benar-benar kerajaan sah yang mendapat majoriti rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!