KEMPEN SUARA HATI RAKYAT PERAK DILANCARKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 15, 2009

Kempen bubarkan DUN Perak diteruskan dengan lebih pro aktif lagi melalui Kempen Suara Hati Rakyat Perak. Program tersebut telahpun dilancarkan petang tadi di Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta, Tg. Rambutan. Hujan lebat yang turun petang tadi tidak menghalang orang ramai menghadirinya.

Program tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga Ketua Wanita DAP, PKR dan Ketua Muslimat Pusat turun bagi melancarkan program tersebut. Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat akan jelajah seluruh negeri bagi mengutip sejuta tandatangan rakyat dalam tempoh seminggu.

Wakil-wakil Ketua-ketua Kampung Pakatan Rakyat Perak telah hadir dan menerima poskad serta borang list tandatangan rakyat, mereka akan berperanan mendapatkan tandatangan rakyat di kampung masing-masing bagi menyokong pembubaran DUN. Kesemua tandatangan rakyat akan dipersembahkan nanti kepada Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan pembubaran DUN.

Ustazah Nuridah (Ketua Muslimat PAS Pusat) sedang memberi ucapan

Ketua Wanita DAP juga turut berucap

Ketua Wanita PKR juga turut berucap

En. Ridhuan Asid, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua-ketua Kampung sedang menerima Poskad dari YB Zuraida


Sedang menandatangani kempen bubar DUN

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!