SPEAKER SAH VS SPEKAER HARAM

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 15, 2009

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pagi tadi memfailkan saman terhadap Speaker haram lantikan Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak 7 Mei lalu.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya.

Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sebarang usaha BN untuk mengadakan sidang khas bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!