Alhamdulillah, semangat aku membacanya kata-kata yang dikeluarkan oleh calon Timbalan PAS yang akan datang nanti.. Insyaallah.
Beliau dah menunjukkan satu wawasan yang cukup mantap untuk PAS bertindak pada fasa akan datang.
Sepatutnya malam tadi Datuk Husam ada program hujah bersama Zahid Hamidi, tetapi sayang sikap UMNO yang hanya berani bercakap depan wartawan tetapi bukan dengan lawannya.
Tetapi semalam Datuk Husam tak tunjuk sikap gelojohnya nak ambik peluang berhujah dengan Mat Ezam yang gila talak tu, bukan lawannya, Datuk Husam sanggup tarik diri, cuba kita bayangkan minggu depan nak bertanding Timbalan Presiden. sepatutnya semalam peluang dia nak menunjukkan bakat yang ada padanya pada tatapan umum satu Malaysia, tetapi beliau tolak.. beliau tahu selama ini tugas-tugas yang beliau jalankan ikhlas kerana Islam itu sendiri, kalau ada rezekinya sbagai Timbalan Presiden insyaallah akan ada, para perwakilan faham dan bijak menilai seseorang yang Pimpinan yang akan membawa PAS ke alaf yang lebih mencabar.
Datuk Husam tak kisah ada penulis blog terkenal di Malaysia hari-hari menghentam beliau dengan panggilan baju petak merah dan dua tiga hari yang lepas blogger tersebut terus mengatakan Amerika amat menyukai jikau Datuk Husam Menang... satu tuduhan yang berat.... apakah kerana kes peribadi lama masih tak hilang padam dendam kesumat..inikah sikap kita sebagai orang Islam yang selama ini mengaku penyokong parti Islam, apakah menyokongseseorang itu kerana ada kepentingan diri sendiri!.
Aku cuma kenal Datuk Husam hanya melalui media sahaja, dan Dato' Husam sendiri pun tak kenal aku, cuka pertama kali aku bersua muka dengan beliau pun sewaktu aku berkampung kat rumah MB DS IR Nizar sewaktu krisis MB Perak bulan Februari lalu.. itu saja.
Tetapi aku tau hal peribadi Dato Husam melalui kekawan aku, bos lama aku bekas Pengarah Perikanan Kelantan, Encik Abdullah Jaafar (yang kena kes mahkamah), tak ada kekawan yang menyataka hal peribadi yang tak baik beliau kepada aku.
Ditambah pula bila aku terbaca blogger terkenal asyik menghentam Dato Husam, aku jadi hairan, ada sesuatu yang tak kena..aku siasat rupanya ada cerita disebalik tu.. tunggu kisah selanjutnya... ada lagi sambungannya... -manjongmari