MUFTI & BEKAS MUFTI KELIRU

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, May 28, 2009

Seorang wartawan MSTAR, Zieman di dalam soalannya kepada Dr. Mohd Asri apakah hukumnya bagi seorang muslim yang menyertai mogok lapar menjawab:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Dengan mukaddimah sedemikian, kita mendapati dua perkara yang jelas, yang pertama wartawan yang bernama Zieman sengaja menimbulkan soalan yang cuba memberikan persepsi negatif terhadap mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Perak, dan yang kedua MAZA yang tidak tahu hujung pangkal menjawab solan provokatif wartawan berkenaan yang menjelaskan kepada kita beliau keliru atau tidak mengetahui bahawa program mogok lapar itu tidak seperti yang beliau fahami.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang menjelaskan apa yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ialah Program Puasa Sunat dan ia dianjurkan oleh PAS Perak yang berkebetulan dengan Program Mogok lapar dimana ia telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga memerlukan pejelasan lebih lanjut.

Menurut beliau apa yang dianjurkan oleh PAS Perak adalah yang dianjurkan dalam ajaran Islam iaitu pada setiap awal bulan kalender Islam kita dianjurkan puasa sunat 3 hari berturut. Berkebetulan semalam adalah tepat 1 Jamadal akhir dan kita berpuasa sehingga Khamis ini.

"Saya juga telah mengarahkan Ketua penerangan PAS Negeri Perak, Ust. Misbah untuk memaklumkan kepada semua kawasan mengenai program ini, dimana kemuncaknya diperingkat negeri kita adakan solat hajat mohon dibubarkan DUN ditempat yang ditentukan kemuadian sementara di peringkat kawasan dibuat di markaz PAS" jelas beliau.

Ust. Ahmad Awang juga menjelaskan di peringkat Negeri akan disediakan juadah berbuka pada setiap hari sehingga Khamis dan beliau mengalu-alukan warga sekitar Ipoh untuk berbuka bersama-sama di Pejabat PAS Ipoh di Medan Istana Ipoh.

Sementara program mogok lapar adalah untuk bukan-Islam dimana mereka tidak makan dan minum di waktu siang hari sementara umat Islam melakukannnya dengan cara berpuasa sepertimana yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya.

Selain itu beliau menafikan mogok lapar yang dianjurkan untuk bukan-Islam itu menyusahkan dan membawa mudarat yang besar kerana mereka yang terlibat masih boleh minum setiap 6 jam dan penganjur juga menyediakan doktor pakar sebagai persedian jika ada kecemasan.

Mogok lapar selama 72 jam dan berpuasa yang bermula semalam, menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, bertujuan menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak (mengundi) dikembalikan kepada rakyat.

Justeru itu kita ingin bertanya kepada MAZA, bab manakah yang mengharamkan umat Islam berpuasa sehingga beliau bertindak sebagai "tuhan" untuk menghukum ianya ditolak oleh Islam?

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!