UST AHMAD AWANG TARIK DIRI, HJ NIZAR PULA TOLAK PENCALONAN NAIB PRESIDEN

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, May 27, 2009

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menarik diri daripada mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan termasuk menolak semua pencalonan untuk kerusi jawatankuasa PAS pusat dan jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

Seramai 16 orang dicalonkan bertanding jawatan naib presiden kali ini - bilangan yang tertinggi dalam sejarah pemilihan PAS. Sehingga pencalonan ditutup hanya lima orang sahaja bertanding Naib Presiden PAS setelah 11 lagi calon Naib Presiden telah menarik diri.

Calon favourite untuk mengisi kekosongan 3 kerusi Naib Presiden, Ir. Hj Mohamad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak 2 telah menolak pencalonan tersebut dan hanya bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja untuk memberikan tumpuan kepada politik negeri Perak yang sedang bercelaru.

Selain Ir Nizar, turut bertanding sebagai ahli Ajawatankuasa kerja PAS Pusat dari Perak pada kali ini adalah Setiausaha Politik beliau, Misbahul Munir Masduki, Hj Asmuni Awi (Timbalan Pesuruhjaya 1) dan Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Back Benchers (BBC) Pakatan Rakyat Perak serta Idris Ahmad, bekas Timbalan pwesuruhjaya PAS Perak.

http://kalamperantau.wordpress.com

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!