PROGRAM DATO' SERI HJ NIZAR HARI INI

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, May 9, 2009

Pagi ini Dato' Seri akan ke Teluk Intan bersama Speaker Perak, beberapa EXCO dan ADUN. Mereka akan membuat kunjungan ke program Citra Pournami di bandar Teluk Intan. Program ini akan dihadiri oleh seluruh masyarakat India Malaysia. Dijangka ratusan ribu masyarakat India akan turun ke Teluk Intan. Secara tak langsung orang ramai boleh mengambil kesempatan bertanya khabar mengenai suasana dan insiden sebenar yang berlaku di sidang DUN.

Dato' Seri Zambry juga diberitakan akan mengunjungi program tersebut pada pagi ini juga. Kita sama-sama tengok nanti, siapa yang akan diberi sambutan yang hebat oleh orang ramai. Diharap tidak akan berlaku gangguan, sabotaj atau kejadian yang tidak diingini. Diharap pihak polis menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai, bukan menghalang PR menghadiri program tersebut.

Malam ini pula Dato' Seri akan menghadiri ceramah perdana di Kg. Embun, Marang Pahang. Program tersebut adalah bagi meraikan ahli dan penyokong serta rakyat Pahang yang turut terlibat sebagai petugas-petugas pilihanraya kecil Bk. Gantang.

Pagi esok beliau akan menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Pusat Kuala Lumpur. Malamnya beliau akan pulang ke Ipoh untuk bersama warga Ipoh dalam majlis Ceramah Perdana di Surau 2B, Taman Meru, Jelapang.

Pagi Isnin Dato' Seri akan kembali semula ke Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi terhadap kesnya. Sebelah malamnya, beliau akan berceramah bersama Datuk Mahfuz Omar, YB Sivakumar dan Hanipa Maidin di Taman Melewar.

Begitulah padatnya program Dato' Seri.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!