Hari ini saya solat Jumaat di Masjid Jalan Dairi. Kebetulan Dato' Seri Hj Nizar turut berjumaat di situ. Beliau sepatutnya ke negeri Terengganu untuk berceramah di Masjis Rusila malam ini dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Maran serta menghadiri Jamuan Kesyukuran PAS Kuala Terengganu yang meraikan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Bk. Gantang.
Beliau terpaksa membatalkannya disebabkan kedudukan Perak yang semakin kritikal. Persidangan yang penuh kekecohan dan tindakan BN melanggar Perintah Tetap Dewan sudah tentu perlu diambil tindakan oleh PR. Sehari dua ini, beberapa mesyuarat penting dan segera PR diadakan bagi membincangkan tindakan-tindakan susulan selepas sidang DUN.
Untuk tidak menghampakan rakyat Terengganu, YB Khalil Idham Lim (Pengerusi BBC Pakatan Rakyat) diberi tanggungjawab mewakilinya. Isu yang akan dibangkitkan nanti sudah tentu "insiden sidang dun".
Isi khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib cukup baik sekali, ia menyentuh soal amanah dan kepimpinan dalam Islam. Khutbah Jumaat tersebut mengingakan ciri-ciri seorang pemimpin Islam berdasarkan al Quran dan Sunnah. Khatib mengajak para pemimpin melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan taqwa, melaksanakan tanggungjawab amar ma'aruf nahi mungkar dan sebagainya.
Selesai solat Jumaat, seperti biasa Hj Nizar dikerumuni oleh orang ramai dan bersalam-salaman.