LAPORAN POLIS ADUN PR

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 8, 2009

Lebih kurang jam 11.30 pagi tadi YB Sivakumar, Speaker yang sah bersama YB Dato' Ngeh, YB Nga, YB Khalil dan beberapa ADUN PR yang lain diiringi oleh para penyokong dan wartawan telah membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku semalan di persidangan DUN Perak.
Dalam kejadian semalam selain kekecohan, segerombolan lelaki yang disyaki anggota polis telah menceroboh masuk ke dewan persidangan dan mengheret keluar Speaker dengan kasar dan ganas.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Daerah Ipoh. Dalam laporan tersebut, YB Sivakumar meminta polis membuat siasatan terhadap segerombolan lelaki yang telah menceroboh dewan persidangan tanpa kebenarannya sebagai Speaker, melakukan kekasaran, mengheretnya keluar dari dewan dengan cara yang ganas dan samseng.

Beberapa ADUN yang lain juga turut membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki tersebut. Mereka mendakwa dan mengesyaki lelaki-lelaki itu ialah anggota polis yang dipergunakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik mereka.

Selain seorang penyokong kuat PR juga turut membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan ke atasnya di luar bangunan Perak Darul Ridhuan. Lelaki tersebut di kasari dengan pukul dan diseret sehingga berlaku kecedaran yang serius.

YB Sivakumar sedang membuat laporan polis di IPD

Beberapa ADUN turut hadir untuk membuat laporan polis


Bersama En Mutu yang tangannya mengalami kecederaan akibat dikasari oleh pihak polis

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!