RAYUAN GABUNGAN NGO PERAK DALAM ISU KEMELUT POLITIK DI PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, May 20, 2009

Dalam kenyataan akhbar pagi ini, seluruh Ngo Perak yang bergabung dalam JAMAIY merayu dan memohon supaya tidak ada campurtangan dari luar dalam penyelesaian kemelut di Perak, rakyat Perak lebih berhak memainkan peranan dalam menyelesaikan isu ini.

Kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pengerusi JAMAIY Negeri Perak, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malik juga meminta supaya Dato' Seri Hj Nizar dan Dato' Seri Zambry bersemuka dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Dalam mencari jalan penyelesaian isu Perak ini juga JAMAIY meminta semua pihak hendaklah mengambil kira pandangan-pandangan bebas dari Suhakam, Majlis Peguam, Tokoh-tokoh politik, akademik, ahli-ahli perundangan, YDP Dewan Negara dan sebagainya yang menyarankan agar DUN Perak dibubarkan sebagai jalan penyelesai isu ini.

JAMAIY juga menuntut satu Suruhanjaya Diraja hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat isu ini di Perak supaya semua pihak yang terbabit dapat diadili dengan seadil-adilnya tanpa memilih status mereka.

Selain itu, JAMAIY juga menuntut semua pegawai-pegawai tinggi kerajaan di Perak khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang, Setiausaha Dewan Undangan Negeri, pegawai-pegawai polis dan SPRM hendaklah menjalan tugas dengan semangat professionalisma yang tinggi dan meletakkan tanggungjawab mereka kepada kepentingan awam dan bukan kepentingan mana-mana parti politik.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!