SELAMAT BERKONVENSYEN PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, May 24, 2009

Hari ini akan berlangsung Konvensyen PAS Perak di Dewan Perbandaran Teluk Intan. Seluruh perwakilan dari kawasan-kawasan negeri Perak akan mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama parti terutama Datuk Presiden yang akan merasmikannya nanti pada sessi sebelah petang.

Selain itu Ucap Utama Pesuruhjaya PAS Perak yang bertemakan Dakwah Teras Kecemerlangan akan menjadi tajuk utama perbahasan. Tema ini dipilih bagi mengajak seluruh petugas parti di semua peringkat mengislahkan uslub atau metodologi dakwah bersesuaian dengan kepelbagaian mad'u atau rakyat di negeri Perak.

Dakwah hendaklah merestasi sempadan bangsa, suku kaum, agama, budaya, politik, umur dan sebagainya. PAS semakin terserlah perjuangannya apabila rakyat dari seluruh lapisan masyarakat mula memberi sokongan yang padu. Dengan mengolah dan meningkatkan kualiti dakwah disamping tidak meninggalkan prinsip-prinsip dakwah Insya Allah perjuangan PAS akan mencapai matlamatnya.

Resolosi Konvensyen akan diisytihar dan diikrarkan oleh seluruh pimpinan dan perwakilan sebagai pernyataan dan komitmen bersama di hujung konvensyen nanti untuk direalisasikan dalam bentuk tindakan kerja di kawasan masing-masing.

SELAMAT BERKONVENSYEN

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!