Petang semalam saya sempat melawat mangsa ribut di beberapa buah kampung yang terlibat di Rungkup, Bagan Datoh. Saya melihat dan mendengar sendiri pengalaman paling ngeri yang pernah dialami oleh mangsa, malahan masih ada yang fobia mendengar desiran angin. Dalam kejadian 2 hari lepas, lebih 200 ratus rumah dilanda ribut, yang paling dahsyat bumbung tercabut, dihempap pokok kelapa dan roboh. Walau bagaimanapun tidak ada mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Sebagai tanda simpati dan meringankan beban mangsa-mangsa tersebut, sumbangan berupa wang tunai telah diberikan kepada mangsa-mangsa ribut tersebut. Unit Amal PAS Bagan Datoh juga turut membantu mangsa-mangsa ribut.

Kejadian ribut yang berlaku lewat tengah malam baru-baru ini adalah kejadian yang jarang-jarang berlaku di kawasan Bagan Datoh. Ini adalah musibah ribut yang pailing besar di Bagan Datoh, musibah ini hendaklah dilihat dalam beberapa perspektif yang positif iaitu kebesaran Allah, ujian Allah, peringatan Allah akan bala yang lagi dahsyat dan besar pada hari kiamat,