Beberapa hari lagi Muktamar Tahunan PAS akan bermula, Dewan Pemuda dan Muslimat awal sehari persidangan dimulakan. Malam esok Muktamar Pemuda PAS Pusat dimulakan dengan upacara perbarisan dan Majlis Perasmian. Keesokan harinya sidang penuh akan berjalan serentak dengan persidangan Dewan Muslimat PAS Pusat. Muktamar Pemuda akan berlangsung di Taman Melewar, manakala Muktamar Muslimat akan diadakan di Stadium Melawati.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan jawatan tertinggi parti di peringkat Dewan Pemuda tidak ada pertandingan, berbeza dengan Muslimat Ketua dan Timbalan Ketuanya dipertandingkan.
Muktamar adalah peluang yang terbaik kepada pimpinan dan ahli. Pimpinan sudah tentu ada mesej yang akan disampaikan melalui ucapan dasar presiden dan ucaputama ketua-ketua dewan. Manakala ahli juga mempunyai mesej yang akan disampaikan melalui perbahasan ucapan dasar dari perwakilan yang terpilih, tetapi tidak semua perwakilan berpeluang berucap, hanya perwakilan yang dipilih oleh negeri dan dewan-dewan sahaja yang berucap. Ucapan mereka mewakili ahli-ahli PAS seluruh negara.
Di sinilah para perwakilan mesti mengambil kesempatan yang terbaik untuk meluahkan apa sahaja pandangan ahli diperingkat akar umbi, mereka bebas menegur atau mengkritik pimpinan, bebas memberi pandangan untuk masa depan PAS yang lebih baik dan bebas memberi apa sahaja cadangan untuk di laksanakan. Ucapan Dasar Presiden menjadi satu panduan yang baik untuk perwakilan berbahas, ia menjelaskan hala tuju parti mengikut kesusaian isu-isu terkini, menjelaskna juga pendirian parti terhadap senario politik baik dalam negeri mahupun luar negeri, juga merupakan amanat-amanat penting kepada ahli dan parti di semua peringkat. Perwakilan yang akan berucap akan memilih isu-isu utama dalam ucapan untuk dibahas, diperhalusi, diterjemah, dinilai, dikritik dan sebagainya.
Para perwakilan yang diberi peluang berucap harus ingat, bahawa Muktamar bukan medan untuk mencari kelemahan semata-mata, bukan medan untuk menghentam sesiapa sahaja, bukan juga medan untuk menonjolkan bakat berpidato. Muktamar harus dijadikan platform pertemuan pemikiran antara pemimpin dan ahli.
Pemimpin juga harus ingat, Muktamar bukan medan pemimpin membelasah kelemahan ahli, bukan medan untuk menunjuk kehebatan melalui program-program yang dianjurkan atau kehebatan dalam menjuarai isu-isu rakyat, pemimpin mesti mempunyai pemikiran yang terbuka dan berjiwa besar. Semua kritikan dan teguran dengan apa cara gaya persembahan dan bahasa sekalipun hendaklah diterima dengan berlapang dada.
Muktamar tahun ini adalah muktamar tahun kedua PR meraih kemenangan, dan juga muktamar pertama setelah kerajaan PR dijatuhkan di Perak dengan cara yang jijik dan kotor oleh UMNO/BN. Sudah tentu ucapan presiden dan para perwakilan akan turut menyeret isu-isu kemelut politik di Perak. Lebih menarik, muktamar tahunan ini ada pemilihan panas melalui pertandingan di peringkat Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Kita mengharapkan pertandingan yang diadakan bukan tujuan berebut jawatan tetapi berlumba-lumba melakukan kebajikan. Pertandingan yang diadakan walaupun panas tetapi diharap masih mengikut semangat berperlembagaan PAS dan ukhuwah Islamiah.