MUKTAMAR PEMUDA SELESAI DIRASMIKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 4, 2009

Muktamar Pemuda kali ke 5o telah sempurna dirasmikan oleh YB Ust. Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Seramai 238 para perwakilan dari seluruh negara dan beratus-ratus pemerhati telah memenuhi Dewan Datuk Hj Fadzil Mohd Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Muktamar dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan anggota Unit Amal DPP Pusat oleh Timbalan Presiden. Dua ucapan penting disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertemakan "Mempersada Perjuangan", dan ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden.

Dalam ucaputama Ketua Pemuda, beliau telah menggariskan beberapa isu mengenai masa depan pemuda, kelembapan iklim ekonomi dunia, perubahan politik Malaysia, kudeta di Perak dan keruntuhan sistem kehakiman dan sebagainya.

Majlis perasmian turut diserikan dengan deklamasi sajak yang telah disampaikan oleh Sasterawan Negara Datuk Samad Said.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!