KEHADIRAN YB HJ NIZAR DISAMBUT HEBAT DI MANEK URAI

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, July 12, 2009

Beberapa hari rakyat Manek Urai menunggu kehadiran YB Hj Nizar berkempen, akhirnya Hj Nizar muncul pada Jumaat lepas. Kedatangan disambut meriah oleh rakyat Manek Urai, malam itu ceramah Hj Nizar cukup menarik, dengan loghat Kelantannya yang faseh mengejutkan penggundi-penggundi Manek Urai.

Inilah kelebihan Hj Nizar, bila berceramah di sebelah Utara Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis beliau akan berucap menggunakan loghat bahasa mereka, begitulah juga bila beliau berceramah di hadapan orang Cina, India, Sikh, orang Asli atau suku kaum Jawa, pasti beliau juga akan menyelitkan ucapan-ucapannya itu dengan istilah-istilah bahasa ibunda mereka dengan begitu faseh. Lantaran itu, seluruh rakyat di Malaysia amat menyayanginya.

Ceramah beliau di Manek Urai Lama dihadiri begitu ramai penduduk walaupun hujan lebat pada ketika itu. Rakyat tetap menunggu ceramahnya. Beberapa hari beliau di Manek Urai, jadualnya agak padat juga, bukan sahaja ceramah, malahan minum kopi bersama rakyat di setiap pagi.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!