UMNO KECEWA UST NASHA MUNCUL DI MANEK URAI

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, July 12, 2009

UMNO BN gagal menggunakan isu ketiadaan Ust Nasha, Timbalan Presiden PAS yang tidak muncul di Manek Urai sejak hari penamaan calon lagi. Berbagai andaian dan tohmahan dilemparkan oleh media UMNO BN, para pemimpin UMNO mengambil kesempatan ini dengan melemparkan fitnah kononnya ust. Nasha ada masalah dalaman dengan Tok Guru dan pimpinan PAS Kelantan, walhal isu tersebut telahpun selesai dengan penuh ukhuwah.

Ada para bloggers PAS juga turut terpengaruh dengan isu ini. Tanpa menyelidiki dengan lebih lanjut mengapa Ust Nasha tidak muncul, mereka mengandaikan kononnya Ust Nasha tidak berani, malu, digam oleh jentera penerangan PAS Kelantan dan pelbagai spekulasi yang tidak berasas.

Kelmarin Ust Nasha muncul di Manek Urai bersama Mursyidul Am dalam program Solat Dhuha bersama Tok Guru. Kemnuculannya menggembirakan penduduk Manek Urai, UMNO BN gagal mengekploitasi isu ketidak munculan Ust Nasha. Melihat mesranya antara Ust. Nasha dan Tok Guru sedikitpun tidak menampakkan yang mereka tidak sehaluan, amat mesra sekali Tok Guru menyambut dan makan minum bersama Ust Nasha.

Kesihatan Ust Nasha yang baru menjalani pembedahan kecil beberapa yang lalu menghalang untuk beliau bergerak aktif di Manek Urai, walau bagaimanapun semangatnya mengatsi segala-galanya, beliau sempat berkempen pendek dan menemui penggundi di Manek Urai.



About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!