Bagi menghormati hak rakyat serta memberi peluang kepada semua pengundi di Manek Urai mengundi, YAB Datuk Tuan Guru Menteri Besar mengisytiharkan 14hb Julai hari Cuti Umum bagi negeri Kelantan.
Cuti umum tersebut diisytiharkan oleh Tok Guru bagi membolehkan semua pengundi Manek Urai yang bekerja di mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengundi. Tindakan Tok Guru adalah tepat dan bijak bagi memudahkan semua pengundi pulang ke kampung masing-masing dan mengundi.
Inilah kebijaksanaan Tok Guru sebagai seorang pemimpin yang sering mengutamakan rakyat setelah SPR sendiri tidak begitu bijak dengan memilih hari bekerja sebagai hari membuang undi. SPR tidak mempunyai alasan yang kukuh mengapa memilih hari bekerja sebagai hari mengundi yang sudah tentu menimbulkan masalah kepada pengundi yang bekerja jauh di luar Kuala Krai seperti di Bachok, Pengkalan Cepa, Kota Bharu dan sebagainya.