Tempoh kempen di Manek Urai telah tamat pukul 12 tengahmalam tadi. Para petugas dan perayu undi tidak lagi boleh berkempen samada berceramah, merayu undi rumah ke rumah, sebar bahan-bahan kempen dan sebagainya.
Tetapi penyokong-penyokong PAS masih boleh solat hajat untuk memohon pertolongan Allah agar para pengundi di Manek Urai terbuka pintu hati mereka untuk mengundi calon PAS. Kemenangan di Manek Urai adalah sangat penting sebagai satu isyarat bahawa UMNO BN sedang ditolak oleh rakyat sedikit demi sedikit sehingga UMNO BN akan hilang dalam peta dunia pilihanraya di Malaysia.
Lewat petang esok Insya Allah UMNO BN sekali lagi akan menempoh nasib malang dengan kecundang dalam pilihanraya. Beberapa hari saya berada di Manek Urai, tanda-tanda UMNO BN akan sudah kelihatan sejak hari penamaan calon lagi.
Kita berdoa mudah-mudahan perjalanan hari mengundi esok berjalan dengan lancar dan baik, pengundi akan keluar mengundi dengan rasa aman dan tenteram, mudah-mudahah juga tidak ada kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga menganggu proses pengundian.