PROVOKASI BN-UMNO PUNCA TRAGEDI BERDARAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, July 14, 2009

Kehadiran Barisan Basional (BN-Umno), menjadi punca kejadian pergaduhan hingga melibatkan dua orang petugas PAS cedera parah di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, tengahari tadi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Pilihanraya Kecil Dun Penanti dan Manek Urai sangat berbeza sewaktu BN mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihanraya itu.

"Suasana pilihanraya kecil di Penanti sangat aman sebab BN tarik diri, tapi bila BN bertanding di Manek Urai sampai ada petugas PAS cedera," tegasnya merujuk insiden yang berlaku tengahari tadi.

Menurut perbandingannya, faktor penyertaan BN di Manek Urai kali ini punca segala provokasi yang berlaku.

Tambahnya, beliau percaya provokasi itu sengaja diwujudkan pihak BN terhadap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, kononnya nak menghangatkan suasana tetapi yang berlaku sebaliknya.

"Mereka sengaja buat bermacam-macam provokasi kepada kita, kononnya nak menghangatkan suasana, tapi akhirnya ada yang tercedera akibat insiden baling-baling batu dan botol itu," kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi.

Selain itu, Zailah khuatir budaya tidak sihat itu akan menular kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan muda dan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana menteri mereka, katanya.

"Dan dengan kejadian ini, rakyat dapat menilai kenapa semua yang berlaku hari ini boleh terjadi," ujarnya merujuk insiden yang berlaku.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!