PAS berjaya mengekalkan kemenangan dengan memperolehi 5348, manakala BN mendapat undi 5283. Dengan ini PAS menang majoriti 64 undi. Peratusan mengundi adalah tinggi iaitu 87 %. UMNO BN terus kecewa dan menggigit jari dengan kekalahan berturut-turut dalam pilihanraya kecil, walau bagaimanapun pencapaian undi BN kali ini adalah yang terbaik sekali, BN berjaya mengurangkan majoriti PAS dari seribu lebih kepada tinggal 70 undi sahaja.
Namun kemenangan nipis tersebut wajib disyukuri oleh seluruh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat terutamanya Kelantan. Kemorosotan undi yang begitu banyak wajar di muhasabah dalam semua aspek. Sebelum ini, semua pimpinan PAS terutama Kelantan begitu yakin akan berjaya mempertahankan kemenangan dengan meraih majoriti lebih besar.
Kita percaya, disebalik kemorosotan undi ada hikmah besar di sebalik itu. Semuga ianya menjadi peringatan kepada ahli dan pimpinan PAS di Kelantan supaya tidak memandang rendah keupayaan BN dan terlalu optimis terhadap kekuatan sendiri.
Tahniah kepada calon PAS Abe Uji yang terpilih sebagai wakil rakyat Manek Urai yang baru, berkhidmatlah dengan baik kepada seluruh rakyat Manei Urai tanpa mengira fahaman politik dan agama. Tahniah juga kepada seluruh jentera PAS, para pengundi Manek Urai di atas kejayaan ini.