ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 3, 2009

Sekasih mana sekalipun manusia sesama manusia, namun Allah swt lebih menyayanginya. Adek perempuan saya yang bernama Raden Dewi Murni bt. Hj Masduki telah dipanggil oleh Allah swt lebih kurang jam 4.00 pagi Jumaat yang lepas di KPJ Ipoh Speacialist Hospital.

Kami semua termasuk suami dan anak-anaknya redha di atas pemergiannya. Beliau telah menderita hampir 6 bulan di atas penyakit yang menimpanya. Penderitaan sangat kritikal, berbagai usaha dilakukan bagi menyembuhkan penyakitnya, namun Allah swt lebih menyayanginya.

Beliu meninggalkan 7 orang anak, yang sulong berumur 13 tahun, manakala yang paling bongsu berumur baru 4 bulan. Jenazahnya telah disembahyangkan oleh kaum keluarga, sahabat handai, ahli-ahli Jamaah dan ahli-ahli qaryah di Masjid Al Istiqamah, Kg. Sungai Tiang Darat, tempat kelahirannya. Sembahyang jenazah disempurnakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut dengan diimami oleh kekanda Ustaz Ahmad Kurtubi Hj Masduki, manakala pengembumian disempurnakan di tanah perkuburan Masjid tersebut di sisi Ibunya Hajjah Khatijah Hj Hassan dan dua orang abangnya Ahmad Maskhor dan Ust. Kolyubi yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dengan ditalqinkan oleh kekanda sulong kami Ustaz Ahmad Mashud Hj Masduki.

Antara pimpinan PAS negeri yang hadir Al fadhil Ustaz Mustapa Shaari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB Ust. Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak, YB Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong, YB Kesavan, Adun Hutan Melintang, Tn . Hj Aris Bakri, Tim. YDP Kawasan Bagan Datoh dan ramai lagi yang lain.

Saya bagi pihak ahli keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menziarahnya atau terlibat membantu adek kami samada ketika sakit sehinggalah meninggal dunia.

Semuga Allahyarhamah tergolong dari kalangan mereka yang ditempatkan oleh Allah swt. di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!