Sejak pagi Rabu semalam adek saya tenat dan kritikal, beliau dirawat di hospital Tapah. Sepanjang setengah hari saya berada di sisinya di Tapah, tidak ada tanda-tanda penyakitnya berkurang, saya bersama yang lain-lain terus membacakan Yaasin dengan niat yang dimudahkan segala urusan, walaupun saya tidak nampak ada tanda-tanda ia nazak. Dr . mengatakan nazak, saya yakin belum nazak lagi. Saya kenal tanda-tanda nazak.
Saya dan suaminya berbincang dengan pihak hospital supaya dipindahkan ke hospital Teluk Intan dengan alasan dulu dia dirawat begitu lama di hospital Teluk Intan, semua rekod perubatannya ada di sana. Pihak hospital Tapah mengatakan sama sahaja di Teluk Intan, tak boleh buat apa, malahan disyorkan bawa balek sahaja.
Kami bertawakkal kepada Allah dan meminta supaya dipindahkan pula ke KPJ Ipoh Speacialist Hospital. Kini adek saya dirawat dibawah kawalan dua orang pakar. Seorang Pakar jantung dan seorang lagi pakar kanser.
Sehingga pagi ini, keadaannya masih kritikal tetapi lebih baik kerana mendapat pengawasan rapi oleh dr pakar.
Saya memohon kepada semua yang membaca blog ini, selain ikhtiar sebagai manusia melalui kaedah rawatan kerana saya yakin setiap penyakit mesti ada ubatnya, mohon dan panjangkanlah doa, munajat dan solat hajat agar adek perempuan saya disembuhkan penyakit oleh Allah swt. Sebelum ini, beliau menderita begitu lama, berbulan-bulan terlantar di hospital Teluk Intan sebelum bersalin, selepas bersalin sehinggalah sekarang terlantar pula di KPJ ipoh.
Walau bagaimanapun, kami semua pasrah kepada ketentuan Allah swt. Saya bagi pihak seluruh ahli keluarga mengucapkan ribuan terima kasih diatas simpati dan doa kepada adek saya ini.
MOHON SOLAT HAJAT DAN DOAKAN KESIHATAN ADEK PEREMPUAN SAYA
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Friday, July 31, 2009