Pagi semalam, team petugas dari Perak diketuai oleh YB Dato' Seri Ir Hj Nizar bersama calohttp://www.blogger.com/img/blank.gifn PAS Ust Salleh Man berkempen dari satu kedai ke satu kedai di Pekan Permatang Pauh. Kemeriahan semakin dirasai apabila ia turut disertai oleh YAB Menteri Besar Selangor, beberapa pimpinan PAS, PKR dan DAP Pusat.
Kebanyakan orang ramai terutama pada peniaga begitu seronok dan gembira dengan kunjungan kami, lebih-lebih lagi kehadiran Hj Nizar. Mereka bukan sahaja menyokong calon PAS, bahkan turut menyokong perjuangan Hj Nizar dan PR untuk merampas semula haknya sebagi MB Perak yang sah. Para peniaga di market melaung-laung "Bubar DUN Perak" sebaik Hj Nizar sampai ke market. Suasana menjadi riuh rendah.
Hj Nizar dan calon PAS diberi peluang oleh seorang peniaga jam menggunakan alat pembesar suaranya yang biasa digunakan untuk menarik pelanggan untuk memberi ucapan dan berkempen.
Dalam masa yang sama, pasukan kempen PAS bertembung dengan pasukan kempen BN yang diketuai oleh Menteri Penerangan. Mereka berkempen dengan menggunakan kemudahan kerajaan, kenderaan rasmi Jabatan Penerangan digunakan sepenuhnya oleh UMNO bagi tujuan kempen. Berbeza sama sekali dengan PR yang Ketua Menteri dan semuanya EXCO PR Pulau Pinang yang turun berkempen di permatang Pauh tetapi tidak menggunakan kemudaan kerajaan negeri walapun mereka boleh berbuat demikian sekiranya mereka mahu.
Sambutan rakyat dan para peniaga sangat jelas menolak kedatangan pasukan kempen BN, malahan tidak ada kain rentang atau poster calon BN yang digantung di kawasan market melainkan poster dan kain rentang Calon PAS.
Ini semua petanda awal BN akan kucundang lagi sekali lagi dalam pilihanraya kecil kali ini.