SEBAB BN YANG LANGGAR, PERATURAN PUN DIMANSUHKAN

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, August 25, 2009



PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Pusat-pusat pembuangan undi hari ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi tadi. Kelihatan perayu-perayu undi bagi kedua-dua parti mula merayu undi untuk memenangkan calon masing-masing.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba bertegas untuk mengambil tindakan bagi mana-mana parti yang melanggar enam peraturan baru yang telah di kuatkuasakan. Antara 6 peraturan baru yang dikuatkuasakan ialah dilarang merayu undi dan memakai, memegang atau membawa kain, bahan hiasan, botol atau payung yang tertera logo atau parti.

Walaubagaimanapun arahan dan penegasan tersebut umpama tidak relevan apabila masih kelihatan perayu-perayu undi dari kedua-dua parti. Bendera-bendera UMNO dan PAS masih dikibarkan untuk menarik perhatian pengundi-pengundi di Permatang Pasir.

Mahfuz ketika dihubungi berkata, "Ini menunjukkan sifat SPR yang "flip flop", hanya bertegas kepada pembangkang tapi tidak dapat mengambil tindakan apabila Barisan Nasional sendiri melanggar peraturan yang telah di buat."

"Ini juga bukti bahawa SPR itu ditunggangi oleh Barisan Nasional," tambah beliau yang kini berada di Kampung Pelek.

Menurut Mahfuz, berbagai perkara telah berlaku yang menunjukkan SPR ini ditunggangi oleh BN. Sebagai contoh beberapa peraturan yang cuba di kuat kuasakan SPR sebelum ini tapi akhirnya di mansuhkan ialah peraturan pelekat kenderaan SPR, dakwat kekal dan setem yang mesti ada pada borang calon.

Kesemua peraturan-peraturan ini akhirnya dibatalkan selepas Barisan Nasional melanggar peraturan tersebut, selarnya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!