YAYASAN AMAL KEMBANGKAN GERAKAN DAKWAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, August 16, 2009

Sebelum ini YAM tampil secara aktif dalam aktiviti kemanusian di beberapa buah negara yang ditimpa musibah, misi terkini dalam aktiviti kemanusian ialah di Gaza. Beberapa relawan amal sanggup melintasi bedilan-bedilan peluru dan merentasi runtuhan-runtuhan bangunan demi menyelamatkan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Yahudi laknatullah.

Yayasan Amal Malaysia (YAM) kini melebarkan misinya dalam bidang dakwah di Borneo. Pelebaran misi dakwah atas kesedaran menyelamatkan aqedah pribumi umat Islam di Sabah & Sarawak dari gerakan Kristianisasi antarabangsa yang sudah lama bertapak di Sabah & Sarawak.

Saya turut serta bersama dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia (YAM) dalam mengembangkan misi dakwahnya ke Borneo. Dalam misi dakwah tersebut,beberapa Ahli Lembaga Pengarah YAM Pusat diketuai oleh Presidennya Cikgu Husein Ismail, disertai juga oleh Ahli Majlis Perunding YAM, Ust Abu Bakar Chik, Dr. Daeng Sanusi dan Ust. Hassan Shukri telah mengunjungi bekas seorang Menteri Kerajaan Brunei Darul Salam yang sekarang menjadi penasihat kepada Tuanku Sultan Brunei di kediamannya di Bandar Seri Begawan.

Dalam kunjungan tersebut, beliau melahirkan rasa kagum di atas semangat YAM yang membawa misi dakwah di Borneo, beliau turut memberi sokongan moral kepada usaha YAM bagi menubuhkan Pusat Dakwah Serantau atau Borneo Islamic Centre (BISMIC) yang bakal ditubuhkan di Limbang, Sarawak. Dalam kesempatan berada di Brunei, rombongan turut mengadakan pertemuan dengan beberapa orang Pensyarah dari Universiti Islam Brunei Darul Salam dan juga beberapa consultant Malaysia yang berkhidmat di Brunei.

Pusat Dakwah Serantau yang bakal ditubuhkan di Limbang nanti akan menjadi sebuah pusat latihan dakwah bagi melahirkan kader-kader dakwah serantau terutamanya Sabah & Sarawak. Usaha ini sewajarnya disokong oleh seluruh umat Islam melalui sumbangan pemikiran dan material.

Rombongan YAM juga mengadakan pertemuan pemikiran dengan pimpinan gerakan Islam Sarawak di Miri. Manakala YAM cawangan Sarawak turut menganjurkan karnivalnya sempena dengan kunjungan rombongan YAM Pusat ke Miri, antara program yang sempat disertai oleh YAM Pusat ialah Larian Amal Merdeka, Kuliah-kuliah Maghrib di beberapa buah masjid dan surau di sekitar bandarraya Miri.

Rombongan YAM Pusat juga turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan gerakan Islam Sabah di Kota Kinabalu. Rombongan kami disambut dan diraikan oleh YAM cawangan Sabah, beberapa ahli rombongan diberi peluang menyampaikan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh dan ceramah di beberapa buah masjid dan surau di sekitar Kota Kinabalu. Rakyat Sabah yang sempat ditemui turut menyatakan rasa gembira dan menyokong hasrat mulia YAM bagi menubuhkan Pusat Dakwah Serantau di Limbang, Sarawak.

Pertama kali berjumpa dan beramah mesra dengan Pahen Abdul Aziz, kami semua tidak kekok kerana cara pahen berpakaian, berjubah, berserban, pertuturan dan cara beliau melayan kami persis YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak keterlaluan kelembutan tuturkatanya, kerendahan hati budinya, bahkan iras mukanya tidak keterlaluan kalau kami katakan beliau persis Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kami semua tidak kekok beramah mesra dengannya sepanjang hampir 2 jam dirumahnya walaupun beliau adalah orang kenamaan penting di Brunai, beliau melayan kami tanpa ada protokol yang menyusahkan dan mengekokkan.


Sewaktu beliau menjadi menganggotai kabinet Kerajaan Brunai darul Salam, beliau pernah menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Menteri Ekonomi, Menteri Perhubungan dan Menteri Luar.

Sekarang beliau adalah Penasihat Sultan Brunai dan juga anggota Majlis Agama Islam Brunai. Perkhidmatan sukarela beliau sekarang adalah menganjurkan Majlis-majlis Pengajian Ilmu agama di kediamannya setiap minggu. Majlis tersebut mendapat sambutan ramai dari rakyat Brunai termasuk juga rakyat Malaysia yang berkhidmat di Brunai.




Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!